Guru sepatutnya menjadi contoh tauladan dan juga ikon bagi para pelajar. Bukan saja dalam ilmu akademik tetapi juga pembentukan peribadi dan sahsiah.

Namun lain pula yang terjadi di sebuah tadika ini apabila seorang guru lelaki telah dipecat dan ditahan selama seminggu gara-gara memaksa salah seorang pelajar tadika mencium kakinya.

Malah, lebih mengejutkan apabila guru tersebut tergamak mengambil gambar perbuatan tidak sepatutnya itu dan memuat naik di akaun WeChat miliknya.

Menerusi laporan media South China Morning Post, guru yang dikenali dengan nama keluarga Liu itu mengaku bertindak sedemikian kerana mahu melatih dan mendidik anak muridnya.


Ini kerana menurutnya dia mahu supaya anak murid memahami maksud masokisme iaitu memperoleh kesenangan dari penghinaan.

Menerusi ruangan kapsyen, Liu yang merupakan seorang pendidik di wilayah Jiangxi, Timur China itu menulis ‘Cium, cium betul-betul’ yang membawa maksud menyuruh anak muridnya itu mencium kakinya sambil dirakamkan foto tersebut.

Selepas memuat naik tiga keping gambar ketika kejadian, Liu difahamkan telah menyekat akaun ibu bapa pelajar dan kesemua guru yang mengenalinya.

Liu juga menutup ruangan komen tetapi  gambar tersebut akhirnya telah tersebar di akaun Weibo sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

Di dalam gambar yang dikongsikan, kelihatan kanak-kanak itu sedang memegang kaki Liu sambil kedua-dua tangannya menekan hidung mangsa ke tapak kakinya.

Berikutan daripada insiden itu, Liu telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.

Hasil daripada soal siasat Jabatan Pendidikan mendapati insiden itu berlaku selepas Liu menanggalkan kasutnya sebelum membawa para pelajarnya ke kawasan permainan.

Malah, mangsa juga ada mengadu mengatakan kaki gurunya berbau busuk.

Dalam pada itu, pemerintah wilayah Ruijin telah mengeluarkan amaran kepada tadika tersebut dan mengarahkan mereka untuk membuanng Liu serta-merta.

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.