“Makan penumbuk sebab tak pakai mask?” Pemuda Ini Ceritakan Apa Yang Terjadi

Masuk hari ke tujuh belas kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan. Pelbagai kisah dikongsikan di media sosial ketika kita menjalani perintah ini.

Terbaru, satu kisah dikongsikan oleh seorang lelaki yang mendakwa dirinya dikasari selepas kerana tidak memakai mask semasa mahu keluar membeli barang keperluan.

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik dilaman sosial Facebook seorang pengguna yang bernama Shinji Izac, dia menceritakan apa yang telah terjadi.

Makan Penumbuk Sebab Tak Pakai Mask

Hari ke 17 Perintah Kawalan Pergerakan

“Petang tadi nak keluar, nak beli la makanan untuk anak-anak sebab diorg dah lapar, lagipun aku mmg nak pegi topup barang dapur yang makin susut ni”.

“Aku pun naik la motor cabuk ni, siap pakai helmet bagai, lalu jalan kampung area2 Jalan Kebun ni”.

“Sepanjang jalan penuh dengan sukarelawan, menjaga dan memantau aktiviti penduduk sini. Good job la, satu usaha yang bagus”.

Mask mana?

“Cuma yang tak bagusnya, memaksa pengguna jalan raya untuk pakai Mask.. Motif??
Sambil naik motor lalu depan diorg, diorg tanya?.

“Mask mane?”.. aku cakap la sambil berlalu pergi, “mask tak perlu pakai sekarang ni”.

“Then bermula la aktiviti “sukarelawan” suruh berhenti, siap kejar naik motor, terus pancung depan motor aku”.

Kata aku kurang ajar bagai

“Wow!! Samseng sungguh. 2-3 orang datang dengan motor sambil tempik,menjerit, kata aku kurang ajar bagai”.

“Eh? Aku cakap macam tu pun depa kata kurang ajar? Aku cakap berdasarkan apa KKM cakap. Abih tu KKM kurang ajar ka”.

Kebetulan polis peronda ada kat jalan sebelah.. kitorg pun jumpa la polis, bercerita dari A-Z. Sebab sekarang ni diorg ramai, masing2 duk backup la kata aku ni kurang ajar disebabkan aku jawab td”.

Aku kena makan penumbuk depan polis

“Then satu insiden yang menarik, salah sorang “sukarelawan” cuba rampas kunci motor aku, so aku cuba rampas balik la, then Bommmmm!.

“Aku kena makan penumbuk. Depan anggota polis, aku cakap ni dah main bab2 tumbuk, kita setel balai terus. Nak panjangkan isu sangat kan”.

“Lepas tu boleh plak suruh aku tumbuk dia balik. What the heck!! Sosial distance bro.. ko jaga jarak ko,aku jaga jarak aku, no direct contact. Tapi sekarang ni dah bercontact bagai dah,dah sentuh aku punya bibir”tulisnya.

Akhirnya perselisihan faham diakhiri dengan akaun maaf

“Aku cakap kalau camni cara dia bertindak serupa samseng, kita setel balai. So kat situ berlaku la lagi ketidakpuasan hati masing-masing”.

“Last-last aku cakap, kalo betul nak setel sini, kau mintak maaf. So isu ni berlarutan 5-10 minit diakhiri akuan maaf dari bro tersebut”.

“Aku senang ja, nak buat apa2 pun, jangan melebihi dari pihak berkuasa yang terlibat. Jangan memaksa/sambil buat muka tak puas hati hanya sebab aku tak pakai mask”.

“Hanya sebab aku cakap, “tak perlu pakai mask sekarang ni” terus kata aku kurang ajar”.

Mask semua out of stock

“Mentang la aku sorang, hampa ramai, siap pancung & block motor aku, bertempik macam tu, siapa yang kurang ajar sebenarnya”tulisnya lagi.

Tahu tak korang, berapa kedai aku pegi cari mask, semua out of stock. Stock yang ada kat aku sekarang ni hanya 2 keping”.

Aku guna mask untuk masuk ke tempat yang sesak macam pasaraya

“Itu pun aku mengemis dari sahabat Emey Suziana Ahmad Mukri. Bersyukur la dia bagi, so aku boleh guna untuk masuk ke tempat yang perlu dan sesak macam pasaraya, walaupun aku ada pilihan untuk tak pakai”.

“Jadi, sukarelawan semua, jangan bertindak samseng ok. Kami tak pakai mask, pacak meja, hulurkan mask kalau betul nak bagi. Mudah semudah ABC”.

“Aku keluar pun cari barang keperluan, bukan untuk jalan2 hirup udara segar kat luar”.

Semoga perselisihan faham ini dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua pihak dan tiada masalah yang timbul dikemudian hari.