[VIDEO] “X serik ke??” Bella Astillah Akui Sudah Lama Rujuk Dengan Aliff, Kini Hamil Anak Kedua

Pelakon Bella Astillah, semalam mendedahkan kini sudah berbadan dua dan sudah rujuk semula dengan suaminya, Aliff Aziz.

Berita gembira tersebut dikongsikan Bella menerusi balasan komen kepada pengikutnya di Instagram berhubung hal itu.

Menerusi Instagram, Bella berkongsi satu video namun perubahan pada bentuk wajahnya menjadi tumpuan pengikut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on

Di antara komen yang menjadi perhatian adalah soalan tentang status Bella dan juga Aliff.

“Alhamdullilah, dalam masa edah lagi, jadi tidak perlu kahwin semula,” katanya menjawab soalan sama ada dia dan Aliff sudah bernikah semula daripada pengikutnya.

Berkenaan soalan berbadan dua, Bella sekadar menjawab ringkas dab mengiyakannya.

“Ya saya,” jawabnya.

Walaubagaimanapun, masih ada pengikut yang skeptikal dan bertanyakan Bella jika Aliff membuat ‘hal’ saperti dahulu lagi.

“Pregnant ke..anyway congrats la nk ckp apa lg kan.cuma 1 je nk Tanya klu aliff buat perangai camne??..x serik ke???”

Bella meminta semua pengikutnya terus mendoakan supaya keputusan diambil itu adalah yang terbaik dan mengakui banyak belajar daripada pengalaman lalu.

“Kenangan pahit tapi menjadi pengajaran hebat buat semua. Terima kasih atas doa kamu,” katanya.

Terdahulu Bella mendedahkan dia sedia berkongsi mengenai hubungannya dengan Aliff secara terbuka apabila tiba masanya nanti.

Sekitar pertengahan tahun lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan isu Aliff Aziz yang tak berkesudahan sehingga menyebabkan perpisahan dengan Bella Astillah.

Aliff dan Bella telah berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki berusia dua tahun yang bernama Mohamad Ayden Adrean.