Umum Bercerai, Laman Sosial Mizz Nina Dibanjiri Kata-Kata Semangat Dari Netizen & Rakan Artis

Sebelum ini, desas-desus yang mengundang pelbagai persoalan netizen berkenaan rumah tangga Noh Salleh dan Mizz Nina akhirnya terjawab.

Semalam, para netizen dikejutkan dengan berita sedih mengenai perpisahan Noh Salleh dan Mizz Nina. Berita tersebut tersebar dengan cepat bukan sahaja di Instagram malahan di laman Twitter bahkan nama Mizz Nina menjadi trending dan topik hangat warganet.

Selepas mengumumkan mengenai penceraian mereka di laman Instagram, ruangan komen pautan di Instagram milik Mizz Nina telah dipenuhi dengan kata-kata semangat serta sokongan buat dirinya.


Bukan sahaja netizen terkejut dengan khabar berita tersebut, rakan-rakan artis juga turut memberikan komen serta kata-kata sokongan untuk Mizz Nina termasuklah Dato Siti Nurhaliza yang tidak terlepas untuk memberikan komen yang positif dan membangun.

“Fii Amanillah ukhti (semoga anda sentiasa dalam perlindungan Allah SWT),” ujar penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Antara komen rakan artis yang memberi semangat kepada Mizz Nina:

“Ifelt so sad reading this..yet i also sense your strength and will power..i know it hurts yet Allah knows best..”- Sarimah Ibrahim

“Sending love to you, May Allah SWT ease everything insha’Allah”- Bella Astillah


“Semoga Allah memberi keberkatan dalam setiap perkara kepada anda berdua dan Musa,” komen pelakon terkenal, Fazura dalam hantaran Nina semalam.

“With difficulty come double eases (setiap yang sukar pasti akan hadir satu kelegaan),” – Ummi Nazeera.

Menerusi coretan Mizz Nina dan Noh mereka memohon agar diberikan ruang privasi sepanjang tempoh iddah dan mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Ada juga yang mengatakan Mizz Nina yang sangat tenang dengan berita tersebut dan tidak pernah mengaibkan suami sendiri di media sosial.

Antara komen warganet di laman Instagram:

“True loves stories never have endings. By the will of Allah they just continue in Jannah..Stay strong both of you..”

“Fi hifzillah kak mizz nina, Allah bersamamu..”

“Kita merancang Allah yang menentukan.Semuanya ada hikmah tersembunyi..Semoga Allah permudahkan segala urusan Nina, Noh dan anak kamu berdua..”

“Allahuakbar..may Allah ease everything..”

Sekadar info, Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh mendirikan rumah tangga dengan Nina yang merupakan anak kepada bekas pengerusi Kumpulan Ambank, Tan Sri Azman Hashim pada 1 Julai 2011. Selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan tersebut mengambil anak angkat bernama Musa pada Mac lalu dan mahlihai yang dibinai tidak bertahan lama apabila membuat keputusan untuk berpisah semalam.