Hanya Guna Tomato Beku, Jerawat Wanita Ini Hilang dan Kulit Jadi Putih ‘Glowing’ Kemerah-merahan

Walaupun dah ramai yang tahu tentang petua cuci muka guna tomato beku, tapi tak ramai yang betul-betul gigih nak mencuba untuk membuatnya.

Tidak seperti orang lain, wanita ini Asha Zakaria konsisten menggunakan tomato beku sebagai bahan rawatan wajahnya.

Selama 8 bulan wajahnya di bahagian dahi dan sekitar hidung naik jerawat degil. Walaupun ambil masa yang agak lama, wajahnya kini berseri-seri kemerah-merahan, bersih licin dan jerawat yang dulu degil sudah tiada lagi.

Mari kita ikuti perkongsian beliau tentang cara bagaimana untuk hilangkan jerawat degil dengan hanya menggunakan tomato beku.

Tip Hilangkan Jerawat Dan Parut Degil Guna Tomato Beku

Cara ini pun boleh buatkan kulit wajah bertambah glowing.”

Bahan

1 biji buah tomato

Caranya

1. Cuci dan simpan dalam peti ais (bahagian beku)

2. Biarkan 1 hari. Ambil dan potong dua.

3. Gunakan sebelah saja. Sebelah lagi boleh simpan semula dalam peti sejuk beku.

4. Ambil dan gosokkan pada kulit selama 15 minit.

5. Biarkan selama 1 jam kemudian, cuci muka seperti biasa.

6. Buat setiap hari. Seeloknya pada sebelah pagi.

7. Kalau malas boleh buat 2 kali seminggu.

Cuci Muka Guna Tomato Ikut Jenis Kulit

Kulit Jenis Kombinasi

Jika kulit jenis kombinasi, cuba cuci muka dengan gabungan tomato dan isi avocado. Blend kedua-dua bahan dan sapukan dengannya. Kulit yang kekeringan akan kembali lembap dengan dua bahan ini.

Jenis Kulit Muka Berminyak

Kombinasi tomato dan timun adalah sangat baik sekali. Kisar keduanya dan tepek di wajah, ia akan menyingkirkan minyak yang berlebihan. Dan mencegah kulit dari kekeringan.

Kulit Jenis Kering

Campurkan sedikit minyak zaitun pada tomato kisar, sapu pada wajah. Biarkan seketika dan cucilah bersih seperti biasa. Ia akan memberi kesan lembap dan lembut pada kulit wajah.

7 Petua Berkesan Tomato Rawat Masalah Kulit Wajah

1. Kecutkan Pori-pori Terbuka

1 sudu besar jus dari buah tomato campurkan dengan 4 ke 5 titik jus lemon. Sapukan pada kulit wajah dan bilas dengan air hangat untuk menyecutkan pori-pori yang terbuka.

2. Hilangkan Jerawat Degil

Ini satu lagi cara rawat kulit muka berjerawat guna tomato. Hancur dan lenyekkan tomato dan sapukan pada kulit wajah. Bilas selepas 1 jam untuk kesam lembapan yang lebih baik. Penggunaan yang kerap akan mengecutkan jerawat dengan lebih berkesan.

3. Buang Noda Hitam

Paling menyampah bila noda hitam tumbuh di sekitar hidung. Caranya hiris tomato dan sapukan pada kawasan bermasalah. Tengok nanti kesannya.

4. Singkirkan Minyak Berlebihan Dekat Muka

Anda cuma perlu kisar tomato dan timun. Sapukan pada muka guna bebola kapas. Buatkah sekerapnya untuk menghalang minyak dari kulit wajah.

Nota : Pastikan pengisar tu bukan yang buat kisar cili, kunyit bagai ya.

5. Cerahkan Kulit

Masalah ini jadi bila bercuti di pantai. Kulit akan jadi terbakar. Caranya, lindungi kulit wajah dengan tomato yang dah dilenyek. Ambil isi buah tomato dan letak dimuka selama 15 minit. Kemudian cuci bersih dengan air dingin.

Kalau nak kesan lebih cepat, campurkan dengan 2 sudu besar susu dan kentang lenyek. Cuci selepas 5 minit guna pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda dan sapukan vitamin E.

6. Hindari Kulit Kusam

Campurkan dadih (original) dengan tomato. Jadikan masker. Biarkan selama 20 minit pada kulut wajah anda. Cuci bersih dengan air suam. Dadih ada sumber protin yang baik untuk menyejukkan kulit wajah.

7. Nak Kulit Lebih Cerah

Kisar tomato dan campurkan madu. Kemudian sapukan pada muka dan cuci sampai bersih selepas beberapa ketika.