Tak Puas Hati Putus Tunang, Lelaki Nekad Rempuh Myvi Sampai Lunyai

Orang tua pernah berpesan, kalau nak menolak seseorang biar kena denga caranya. Takut-takut diapa-apakan pula di kemudian hari.

Bab-bab putus cinta atau putus tunang bukan sesuatu yang boleh dibawa main. Sesetengah individu yang tidak mampu menerima kenyataan boleh bertindak agresif sehingga mengancam keselamatan bekas pasangannya.

Begitulah yang terjadi di Sabah apabila seorang lelaki yang menaiki kereta jenis Perodua Viva bertindak merempuh kereta jenis Perodua Myvi bekas tunangnya.

Lelaki itu dilihat maju dan mengundurkan keretanya agar dapat menghentam kereta bekas tunangnya itu dengan teruk.

Individu yang sempat merakam kejadian ini turut hairan mengapa lelaki tersebut bertindak sedemikian.

Menurut sumber, kejadian berlaku di Bandar Indah kira-kira jam 2 petang semalam (15 Julai).

Ketua Polis Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh pemilik Myvi yang berusia 20 tahun.

“Hasil siasatan awal polis mendapati, kejadian terbabit berlaku di Bandar Indah kira-kira jam 2 petang semalam.

“Suspek lelaki yang juga bekas tunang mangsa berusia 20-an pada masa kejadian memandu Perodua Viva didapati dengan sengaja melanggar kenderaan mangsa yang diparkir di tempat letak kenderaan.

“Pada masa kejadian, mangsa tidak berada dalam kenderaannya,” kata beliau yang mengesahkan motif kejadian adalah kerana suspek itu tidak berpuas hati pertunangan mereka diputuskan.

Susulan daripada kejadian, polis telah menahan suspek pada jam 11.15 malam untuk membantu siasatan. Suspek direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Video yang tular di laman Facebook