Kerajaan Beri RM200 Setiap Bulan Selama 2 Tahun Untuk Rumah Pertama Belia

Berita baik buat anda yang bercadang untuk membeli rumah pertama, kerajaan akan memberikan subsidi sebanyak RM200 setiap bulan di bawah Skim Perumahan Belia (BSN MyHome).

Walaupun bayaran RM200 ini hanya untuk selama 2 tahun, ianya pasti dapat membantu mengurangkan beban komitmen pemilik rumah.

Menariknya, kemudahan skim ini ditawarkan bukan sahaja untuk hartanah yang sudah siap tetapi ia juga untuk hartanah sedang dalam pembinaan atau hartanah subpembelian.

Pembeli juga akan menerima 100% pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pemindahan hakmilik dan perjanjian pembiayaan bagi nilai rumah sehingga RM300,000.

Siapa yang layak memohon?

  • Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 45 tahun (tertakluk kepada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan).
  • Bujang atau telah berkahwin dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan.
  • Pemilikan Hartanah Pertama sahaja.
  • Permohonan secara perseorangan atau bersama.
  • Pemegang Akaun BSN GIRO / GIRO-i.
  • Mempunyai bukti pembelian / pemilikan hartanah.

Harga hartanah yang boleh dibeli adalah di antara RM100,000 sehingga RM500,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 35 tahun.

Jika anda berminat, pastikan dokumen berikut perlu disediakan untuk memohon skim ini:

  • Borang permohonan BSN.
  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Sijil perkahwinan yang sah.
  • Pemohon Bekerja Tetap / Pemohon Bersama (pasangan sahaja).
    – Slip Gaji Terkini (asal dan salinan) untuk tempoh tiga (3) bulan.
    Nota: Jika bukan pemohon bersama, suami/ isteri pemohon perlu mengemukakan 1 bulan salinan terkini penyata gaji
    – Penyata Bank Terkini untuk tempoh tiga (3) bulan
    – Slip Gaji dan Penyata Bank Terkini untuk tempoh enam (6) bulan (bagi lain-lain pendapatan)
    – Penyata KWSP
    – Surat Pengesahan Majikan
  • Pemohon Bekerja Sendiri / Pemohon Bersama (pasangan sahaja)
    – Pendaftaran Perniagaan/Syarikat
    – Borang B / BE + Resit LHDN
    – Penyata Kewangan Syarikat
    – Penyata Bank Organisasi untuk tempoh enam (6) bulan
    – Lain-lain Dokumen (Cth. Laporan Lawatan Tapak)
  • Bukti pembelian yang terdiri daripada salinan Perjanjian Jual Beli (S&P), yang telah distem. Jika S&P belum selesai, resit deposit
    / pesanan pembelian pro forma boleh diterima bagi tujuan kelulusan permohonan
  • Salinan laporan penilaian (untuk pembelian hartanah siap daripada individu / bukan pemaju) daripada panel penilai BSN
  • Salinan Geran Induk / Individu (jika ada)
  • Akaun berkanun bagi memastikan hanya yang layak untuk pembelian rumah pertama dan kegunaan sendiri sahaja yang layak untuk skim ini dan perlu disahkan oleh pesuruhjaya sumpah.
  • Akuan berkanun perlu ditandatangani oleh pemohon dan pasangan.

Unutk maklumat lanjut anda boleh layari laman web myBSN: BSN MyHome (Skim Perumahan Belia 2019)