“Setengah jam cuba kembalikan kau balik,” Keluarga Terkejut Remaja ‘Pergi’ Tiba-tiba

Rezeki, ajal maut serta jodoh pertemuan adalah rahsia Allah SWT. Kita hanya mampu merancang dan Dia yang menentukan segala-galanya.

Walaupun sedih dengan apa yang terjadi, sebagai manusia kita perlu yakin dan percaya dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan-Nya untuk kita.

Pergi menghadap Ilahi tanpa sebarang penyakit

Siapa sangka hanya sakit kepala dan berasa sesak nafas, seseorang itu boleh pergi buat selama-lamanya.

Begitulah kisah seorang pemuda yang telah pergi menghadap Ilahi tanpa sebarang penyakit itu diceritakan sendiri oleh kakaknya di Twitter.

Adiknya pergi akibat sakit kepala dan sesak nafas

Menerusi posting yang telah dimuat naik oleh Ambrose di laman Twitter miliknya, dia telah berkongsi berita sedih itu.

Dia memberitahu bahawa adiknya yang lebih mesra dikenali sebagai Yo telah pergi meninggalkan mereka sekeluarga akibat sakit kepala dan sesak nafas.

Hospital sahkan ujian swab test arwah adiknya negatif

Bercerita lanjut mengenai kisah adiknya, arwah mengadu kat mak saya, sakit kepala pagi tadi lalu sesak nafas dan tinggalkan kami begitu sahaja. Dia tak ada sakit apa-apa.

Kakaknya itu turut menjelaskan bahawa adiknya yang berusia 20 tahun itu bukan meninggal disebabkan jangkitan pandemik.

Alhamdulillah, arwah negatif

Malah pihak hospital juga telah mengesahkan bahawa status arwah adalah negatif. Sehingga kini punca kematian masih belum diketahui.

“Baru dapat panggilan dari pihak hospital yang arwah negatif. Alhamdulillah, Jumpa esok ye Yo.”

Sempat tonton perlawanan bola pada malam itu

Mereka sekeluarga tidak menyangka kerana pada malam itu kakaknya memberitahu bahawa adiknya kelihatan sihat.

Adiknya sempat lagi menonton perlawanan bola dan banyak makan, namun pada keesokan paginya adiknya telah pergi buat selama-lamanya.

Setengah jam cuba kembalikan kau balik

“Setengah jam cuba kembalikan kau balik. Ambulans datang apa semua. Kami semua usaha doa apa semua Yo tapi kau betul-betul pergi.”

Kenapa Yo awal sangat kau pergi

Sebelum ini, Allahyarham adiknya itu telah memberitahu pada bahawa mereka pada mulanya mempunyai tujuh orang ahli keluarga di rumah.

Dua kakak bersama adiknya berada di pusat kuarantin

Namun begitu hanya tinggal tiga orang sahaja kerana dua kakak bersama adik perempuannya berada di pusat kuarantin apabila disahkan positif.

Manakala abang iparnya telah meninggal dunia akibat virus berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dan menitipkan doa serta semangat buat keluarga.

Malah, sahabat serta kenalan turut sama mendoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama orang beriman.

“Alhamdulillah selesai semua. ramai yo datang tadi nak tengok kau. aku bersyukur sangat sangat dapat cium & tengok kau buat kali terakhir. kau wangi yo tadi wangi sangat sangat. semoga kau tenang dekat sana. kau sentiasa dalam ingatan aku sampai aku mati. sahabat dunia akhirat.”

Salam takziah buat keluarga arwah, semoga keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.