Pelanggan Buat Tempahan Berbuka Puasa, Peniaga Kecewa Rupa-Rupanya ‘Prank Order’

‘Prank order’ sememangnya pada masa kini tidak asing lagi dimana ada individu yang tidak bertanggungjawab berlakon sebagai pelanggan dan order makanan dalam jumlah yang banyak dan tiba pada waktu penghantaran, pelanggan ‘ghaib’ dan tidak dapat dihubungi.

Selalunya kes sebegini banyak berlaku di kalangan rider makanan namun lain pula kali ini dimana sebuah restauran kecil ditipu pelanggannya yang bernama Ayu mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @eila_theseafood, kelihatan dia sedang merakam makanan yang telah ditempah oleh Ayu untuk 9 orang makan.

Difahamkan pelanggannya itu membuat tempahan untuk juadah berbuka puasa di gerainya namun apa yang menyedihkan adalah kelibat pelanggannya itu tidak kunjung tiba walaupun jam sudah menunjukkan waktu berbuka puasa.

Wanitaini juga meluahkan rasa kecewa dengan sikap pelangganya itu malah mengatakan dia boleh sahaja menghubungi pihak restaurant untuk membuat pembatalan tempahan jika tidak jadi untuk berbuka puasa di situ.

“dah booking untuk iftar bulan puasa.. menipu..tak datang.. kitorang restaurant ni dah lah struggle tak ada customer.. kalau tak nak datang boleh je cancel booking sebelum kitorang masak..” ujarnya

Dia juga dikatakan telah menghubungi Ayu berkali-kali namun tidak dijawab malah dia tidak menyangka ada yang sanggup menipu di dalam bulan yang mulia ini.

“Call sampai ke sudah tak angkat.bulan2 mulia pun sanggup menipu” ujarnya di ruangan kapsyen.

Video yang tular di laman TikTok:

@eila_theseafood Call sampai ke sudah tak angkat.bulan2 mulia pun sanggup menipu.#maggiketampower #fyp #fypdongggggggg #kedaiviral ♬ original sound – Nor Fazilah

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.1M tontonan, 164.1K tanda suka, 5379 komen dan 2350 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut bersimpati dengan nasib peniaga malah ada juga mencadangkan agar peniaga mengambil deposit dahulu untuk setiap tempahan.

Bukan itu sahaja malah para netizen juga tidak menolak sebarang kemungkinan yang terjadi kepada pelanggan tersebut dan mungkin berlaku kemalanagn atau perkara yang buruk sewaktu dalam perjalnan ke kedainya.

Antara komen warga maya: