Ibu Ini Sanggup Tolak Beli Beg, Baju, Kasut dan Restoran Mahal Untuk Vaksin Anak

Dalam hidup ini kita harus bijak untuk membezakan yang mana satu keperluan dan yang mana satu kehendak.

Jika gagal untuk mengasingkan perbelanjaan untuk kedua-dua ini, pastinya ia akan memberi kesan kepada kewangan kita.

Lebih-lebih lagi buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil sudah tentu pelbagai keperluan yang harus ditunaikan.

Di dalam satu posting di laman Facebook, Puan Noor Fadhila Bakri berkongsi bagaimana beliau memebrikan vaksin pneumococcal untuk anaknya.

Mari kita ikuti perkongsian beliau.

__________

Survey Harga Vaksin

Alhamdulillah. Selesai 1dos vaksin Pneumococcal utk Iman Zahrawi. Lama jugala dila survey harga vaksin ni dan yg paling murah dila jumpa dkt Poliklinik UKM Kesihatan Bandar Baru Bangi. Untuk umur Iman, hanya 2 dos diperlukan.

Dila pilih vaksin Pneumococcal untuk perbelanjaan bulan ini drpd membeli beg, baju, kasut, restoran hipster yg memahal tu. Keperluan kesihatan anak kami sentiasa di barisan pertama. Tapi kalau pendapatan awak melambak boleh la beli semuanya. Dila pilih ‘ukur baju di badan sendiri’

Sedikit info berkenaan Vaksin Pneumococcal

Suntikan Vaksin Pneumococcal merupakan sejenis imunisasi yang boleh diberikan kepada kanak-kanak sebagai langkah awal untuk mencegah daripada jangkitan kuman di paru-paru yang dikenali sebagai penyakit Pneumonia. Penyakit Pneumonia ini kerap di alami oleh kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Ianya terjadi akibat bakteria, virus, fungus dan parasit yang menyebabkan jangkitan pada hidung dan berterusan hingga ke paru-paru.

Penyakit pneumonia boleh membuatkan seseorang yang dijangkiti sukar untuk bernafas. Ini berlaku kerana nanah dan lendir memenuhi saluran udara pada paru-paru yang akan menggangu sistem pernafasan . Jika ianya dibiarkan berterusan, oksigen mungkin tidak dapat sampai ke dalam darah dan sel tubuh yang seterusnya membahayakan nyawa anak anda.

Sekiranya anak anda mengalami simptom awal jangkitan pada paru-paru seperti demam panas, batuk dengan atau tanpa kahak, sakit dada, tiada selera makan, rasa tidak sihat dan sering merengek, pernafasan laju atau susah bernafas, muntah atau cirit-birit, segeralah bawa anak anda berjumpa dengan doktor.

Jika jangkitan kuman pada paru-paru ini disebabkan oleh bakteria, kebiasaanya doktor akan memberikan antibiotik kepada anak anda. Tetapi, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan dan teruk, anak anda akan dimasukkan ke hospital untuk diberikan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih serius dan membahayakan nyawa anak anda.

Sekiranya mendapati anak anda juga mengalami batuk yang berpanjangan selama tiga hari, keadaan badan yang lesu, mengalami muntah, nafas berbunyi dan dehidrasi, bawalah segera anak anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Beza Batuk Biasa dan Pneumonia

Untuk membezakan batuk biasa dan batuk Pneumonia, bunyi batuk biasa ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat Pneumonia yang bunyinya agak ‘dalam’ dan ianya kerap terjadi pada waktu malam sehingga ke pagi.

Dan sebaiknya, ibu bapa perlu mempertimbangkan pengambilan suntikan vaksin Pneumococcal di hospital atau klinik swasta bagi meningkatkan lagi imunisasi anak anda. Semoga dengan suntikan imunisasi vaksin Pneumococcal ini anak anda dapat dihindari penyakit Pneumonia dan menjalani aktiviti harian dengan ceria!

Dua Jenis Vaksin Pneumococcal

Vaksin Pnemococcal ni ada dua jenis, Synflorix (melindungi anak drpd 10 jenis bakteria) dan Prevenar (melindungi anak drpd 13 jenis bakteria).

Sila dapatkan nasihat daripada doktor untuk pilihan jenis vaksin. Untuk anak saya, kami suami isteri sudah mendapatkan nasihat daripada doktor dan ikut keadaan anak saya, jenis Synflorix sudah pun memadai.

Namun, kalau puan/tuan ada bajet lebih @ anak puan dinasihatkan untuk ambil vaksin jenis Prevenar, baiklah ikut nasihat doktor. Btw, harga Synflorix adalah lebih murah berbanding Prevenar.

Ini bukan paid review. Sy sekadar berkongsi manfaat vaksin ini dan di mana nak dptkn vaksin ni pada harga yg berpatutan. Terima kasih.