“Hati saya kecewa, rakan guru saya mohon anda bersabar dan..” Ini Luahan Dr. Maszlee

Kita hari ini dikejutkan dengan satu video yang telah tular di laman sosial Facebook dimana seorang ustazah didakwa merangkak di dalam kelas.

Tindakan seorang wanita ‘menghukum’ ustazah merangkak di dalam kelas mengundang perhatian ramai orang.

Difahamkan, wanita tersebut dipercayai tidak berpuas hati gara-gara anaknya didenda oleh ustazah tersebut.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat ustazah berbaju kurung putih dan bertudung hitam merangkak sambil disaksikan pelajar di dalam kelas.

Dr Maszlee berkata kejadian tersebut turut menyedihkan saya

Namun begitu, penularan video tersebut bukan sahaja turut mendapat perhatian ramai malah Dr Maszlee Malik turut mengulas mengenai video tersebut.

“Sebagai seorang yang pernah berada sangat dekat dengan guru-guru dan seringkali mendengar luahan mereka, kejadian ini sangat-sangat menyedihkan saya”.

Hati saya berasa kecewa melihat video tersebut

“Hati saya berasa kecewa setelah melihat video tersebut. Sehingga pada awalnya saya tidak percaya, adakah ini fake news”.

“Apakah yang telah terjadi dengan masyarakat kita hari ini?.

“Seorang guru ialah seorang insan yang tinggi martabatnya. Kita tidak jadi siapa yang kita jadi hari ini tanpa insan bernama “guru”.

Kepada semua rakan guru di luar sana, mohon anda bersabar

“Tidak sepatutnya kejadian seperti ini berlaku ketika kita telah masuk ke dalam tahun 2020 hari ini. Kepada semua rakan guru di luar sana, saya mohon anda semua bersabar”.

Kepada para ibu bapa juga saya mohon, semua untuk mengambil masa merenung dan berfikir sejenak”.

“Isu ini harus kita tangani dalam keadaan berhemah, mengambilkira tingginya martabat seorang guru dan adab sopan santun yang telah kita amalkan sejak dari dahulu sebagai norma masyarakat”.

Tidak rugi ambil sedikit masa untuk merenung dan bersabar

“Tidak rugi jika kita mengambil sedikit masa merenung dan bersabar. Kerana di akhirnya, apa jua tindakan kita seharusnya adalah untuk satu tujuan iaitu – mendidik anak-anak kita agar menjadi manusia yang bermanfaat di masa hadapan”.

“Semuanya adalah untuk agama, bangsa serta negara yang kita cintai juga”, ujar beliau.

Luahan seorang pendidik

Sementara itu, seorang lagi pendidik yang meluahkan kekecewaan mengenai kejadian yang berlaku adalah Mohd Fadli Salleh.

Sebelum ini, beliau sering berkongsi rezeki dengan anak-anak murid beliau yang tidak berkemampuan dari segi keperluan harian persekolahan.

“Saat melihat video ustazah disuruh merangkak, aku sangat marah dan berang. Betapa maruah seorang ustazah yang mengajar ilmu agama dipijak henyak dengan penuh penghinaa”.

Anak murid beliau turut sama merangkak dan memuliakan ustazah

“Namun sebaik aku melihat anak-anak murid beliau dengan rela turut sama merangkak demi memuliakan ustazah kesayangan mereka, terus sebak menyerang dada”.

“Berdiri bulu roma aku, terharu dan kagum dengan akhlak anak-anak ini. Terlintas di kepala”.

Bagaimana ustazah hebat ini mendidik akhlak muridnya

“Bagaimana agaknya ustazah hebat ini mendidik akhlak murid-muridnya? Ingin aku berguru dengannya cara mendidik akhlak murid sebegini rupa”.

“Meski pun wanita yang menyuruh ustazah itu merangkak mengarahkan murid-murid berhenti merangkak, namun anak-anak murid ini terus merangkak”.

“Mereka tidak sanggup melihat guru mereka dihina. Mereka sanggup terhina sama. Mereka sanggup menemani biarlah kotor seluar baju putih mereka”.

Mereka turut merangkak menemani ustazah

“Anak-anak ini, akal mereka belum cukup matang. Namun mereka sangat budiman dan terpuji bila tanpa disuruh sesiapa turun sama merangkak menemani ustazah yang dipaksa rela itu”.

“Allahu, memang sebak sangat lihat ketulusan anak-anak itu”.

“Jika benar ustazah itu jahat, jika benar ustazah itu garang sehingga ramai murid benci dan tak suka padanya, adalah MUSTAHIL anak-anak murid yang penuh tulus itu akan turun sama merangkak bersamanya”.

“Mustahil jika ustazah itu dibenci murid, murid akan menyokong beliau. Jika benar ustazah itu kejam dan selalu bertindak luar kawalan sewaktu menghukum, pastinya murid-murid itu gembira dan bertepuk tangan melihat ustazah mereka pula didenda”.

NAMUN itu tidak berlaku!

Jiwa murid-murid itu cukup besar turun menemai ustazah

“Murid-murid dengan rendah diri turun merangkak sama. Mereka masih kecil untuk menentang wanita biadab yang menyuruh ustazah mereka merangkak”.

“Namun jiwa mereka cukup besar dengan turun menemani ustazah tersebut”.

“Ternyata dan jelas semua kita dapat lihat, sebenarnya ustazah ini disayangi murid-muridnya”.

Mungkin ustazah tersalah terlebih semasa mendenda

“Mungkin pernah ustazah tersebut tersalah dan terlebih semasa mendenda, namun jasa, pengorbanan dan kebaikan yang pernah ustazah itu curah pada murid-muridnya tidak terbanding dengan satu dua kesilapan kecilnya”.

“Dan jelas, anak kecil yang tidak matang ini begitu menghargai dan menghormati”.

Terima kasih anak-anak murid memuliakan guru

“Terima kasih anak-anak murid sekalian kerana memuliakan gurumu saat ada yang datang menghina dengan sebegitu rupa”.

“Bergenang mata aku melihat keikhlasan murid-murid ini memuliakan guru mereka. Tunduk hormat buat anak-anak didik yang terpuji akhlak mereka ini”.

Video ini telah mendapat perhatian ramai dan mengundang pelbagai reaksi dari netizen mengenainya.

Diharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. Semoga ia menjadi pengajaran dan iktibar kepada semua