Diceroboh Kali Ke-2, Bekas Askar Amerika Syarikat Pula Panjat Puncak Merdeka 118

Terdahulu kecoh di sosial media dimana seorang wanita Rusia yang dikenali sebagai Angela Nikolau dan pasangannya, Ivan Beerkus menyamar sebagai pekerja bangunan demi menceroboh dan memanjat puncak Menara Merdeka 118.
Iospital phone repair gombak
Lebih membuatkan ramai terkejut apabila tular gambarnya di puncak dengan ‘posing’ yang seolah-olah langsungtidak gerun akan ketinggian bangunan berkenaan.

Perkara itu nyata menjadi bualan hebat dikalangan netizen malah ada yang mempersoalkan sekuriti di dalam bangunan tersebut.

Masih tidak reda isu itu, kini timbul sebuah lagi khabar dimana Bangunan Menara Merdeka 118 sekali lagi diceroboh oleh satu kumpulan yang terdiri daripada empat individu, tetapi dua daripada mereka dikaburkan muka.

Mereka kelihatan memakai jaket seperti pekerja binaan ketika menyelinap ke tapak bangunan tersebut.

individu tersebut turut mengatakan ia adalah penerbangan antarabangsa yang pertama buatnya ke Kuala Lumpur semata-mata untuk memanjat bangunan kedua tertinggi di dunia itu.

Sebelum memulakan pencerobohan, warga asing itu sempat berkata di dalam video iaitu dia berharap agar kesemua mereka tidak terkena sambaran kilat dan turut memotong jaring keselamatan yang digunakan untuk menutup laluan masuk sebelum naik ke puncak.

Menerusi perkongsian video itu juga, kumpulan tersebut mengatakan pendakian mereka memakan masa yang agak lama, malah sangat sukar dan penuh dengan cabaran yang diharungi.

“Beberapa percubaan telah berakhir dengan ada individu dipenjarakan, jadi kami sedar yang kami berdepan risiko besar,” kata mereka menurut video tersebut.

“Ia berakhir dengan jayanya. Ia adalah satu hadiah untuk mengakhiri tahun 2022 dengan menunjukkan rakaman tersebut,” tambah kumpulan itu.

Selain itu, mereka turut menjelaskan tindakan menceroboh menara itu disebabkan luahan artistik kebebasan yang dilakukan demi ‘cinta’ dan bukan menggalakkan orang ramai mengikut aksi berbahaya itu.

Menerusi laman web peribadinya, Driftershoots atau Isaac “Drift” Wright merupakan seorang bekas askar veteran Amerika Syarikat (AS) yang gemar mengembara ke lokasi menarik di seluruh AS untuk mengambil gambar dari tempat tinggi.

Video yang tular: