Dapat Bonus ‘Berkepuk’, Shopping Raya & Berbuka di Hotel, Netizen Idamkan Jadi Pekerja Khairul Aming

Nama Khairul Aming dan bulan ramadan sudah sinonim. Ramai di antara kita yang ternanti-nanti video 30 Hari 30 Resepi di TikTok influencer itu.

Iospital phone repair gombak

Selain resepi yang dikongsi menjadi ikutan rakyat Malaysia, beberapa bahan yang digunakan turut laris di pasaran!

Baru-baru ini, Khairul Aming ada memuat naik satu video menerusi Twitter, membuatkan ramai kagum dengan pengasas sambal terlaris di Malaysia itu.

Menerusi video yang dikongsi, pemilik Sambal Nyet berkenaan meraikan seluruh para pekerja syarikatnya.

Khairul Aming memaklumkan dia memilih untuk menutup kedua-dua kilang Sambal Nyet sekaligus selama sehari demi memberi peluang buat para pekerja keluar bersama memilih baju raya.

Yang membuatkan pekerjanya lebih terharu sehingga sebak, Khairul Aming sekali lagi membuat kejutan dengan menawarkan ‘duit raya’ buat mereka.

Dapat dilihat jumlah wang yang diberikan bukan sedikit tetapi sebaliknya kerana sampul yang tebal.

Susulan tularnya sifat baik hati majikan terhadap pekerja, video berkenaan telah meraih perhatian ramai pengguna media sosial.

Kini, jumlah tontonan rakaman tersebut berjaya mencecah sehingga 12.3 juta, meraih 16.1 ribu retweets dan 44.3 likes!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata bangga dengan cara Khairul Aming menjaga kebajikan pekerjanya sehingga ada yang berasa ingin bekerja dengan influencer itu.

Dalam pada itu, netizen berharap agar tindakan Khairul Aming ini dapat dicontohi oleh syarikat-syarikat lain di luar sana.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Twitter

Ciapan yang tular di laman Twitter