Buat Tatu Nama Bella Di Dada? Ini Penjelasan Sebenar Dari Aliff Aziz

Penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz masih menjadi isu panas ketika ini. Aliff dan Bella berpisah secara baik setelah timbul pelbagai isu sebelum ini.

Aliff Aziz yang mencetuskan pelbagai spekulasi itu terus dihimpit pelbagai soalan dan komen dari netizen mengenai isu rumah tangga beliau sebelum ini.

Nama Aliff Aziz terus melonjak naik apabila beliau terpalit isu mengenai hal rumah tangganya sebelum ini.

Sebelum ini, Aliff turut memuat naik gambar perkahwinannya dengan Bella Astilla dan berharap mereka masih mempunyai jodoh di masa hadapan.

Ramai netizen meninggalkan komen yang mendoakan mereka kembali bersama tambahan mereka mempunyai seorang anak hasil perkahwinan itu.

Terbaru telah tular di laman sosial Twetter apabila sekeping gambar Aliff Aziz tanpa memakai baju dan mencacah tatu tulisan nama Bella.

Pelbagai komen ditinggalkan oleh netizen yang beranggapan Aliff masih menyayangi bekas isterinya dan mahu menawan kembali hati bekas isterinya itu.

Berhubung isu beliau mencacah nama bekas isterinya itu, Aliff Aziz turut memberitahu bahawa tatu itu hanyalah inai sahaja.

“Itu inai sahaja” jawabnya ringkas.

Aliff tidak mengulas lanjut mengenai isu tatunya itu kepada media.

Aliff dan Bella telah berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki berusia dua tahun yang bernama Mohamad Ayden Adrean.

Setelah dihimpit pelbagai isu rumahtangga yang telah tular di laman sosial pasangan Aliff dan Bella telah sah berpisah pada 16 Mei lalu.