“Berat ujian negara kita kali ini” Ebit Lew Sumbang 2 Buah Kontena Sejuk Beku Simpan Mayat

Siapa yang tidak kenal dengan Ustaz Ebit Lew yang merupakan seorang usahawan dan pendakwah Islam Malaysia berbangsa Cina.

Beliau terkenal oleh kerana pendekatannya dalam berdakwah serta menyantuni masyarakat fakir miskin, golongan terpinggir tidak mengira bangsa dan agama.

Terbaharu, Ustaz Ebit Lew telah memuat naik satu posting yang menunjukkan dia telah membeli dua buah kontena sejuk beku dengan rak yang lengkap untuk kegunaan hospital menyimpan mayat pesakit Covid-19 sebelum dituntut oleh waris mereka.

Beliau berkata dalam posting tersebut, beliau berasa sangat bersyukur kerana dapat membeli dua buah kontena tersebut dan sebak dengan ujian yang melanda negara masa kini.

“Syukur sangat rasa kami dapat beli 2 buah kontena sejuk beku simpanan mayat dan terus serahkan ke Hospital Kepala Batas dan Hospital Sultan Abdul Halim Sg Petani.

“Kami pasang sekali rak simpan jenazah. Terus pasang dan digunakan.

“Masa sampai tadi jadi sebak. Bila dengar cerita Dr dan pegawai hospital. Cara mereka berterima kasih buat saya jadi sebak sangat. Hari Sabtu kami berbual.

“Hari ini Selasa dah sampai katanya. Banyak lagi hospital memerlukan kontena ini. Doakan ye.

“Berat ujian negara kita kali ini. Semoga Allah beri kekuatan buat Dr, Nurse, Frontliner, dan semua petugas KKM. Allah beri sembuh pada yang sakit.

“Semoga Allah mudahkan segala urusan pesakit dan keluarga. Menangis mendengar kisah-kisah di Hospital.

“Terima kasih PDRM membantu memudahkan kerja misi bantuan ini. Terima kasih Team ATMS membantu tadi. Terima kasih semua kru Kasih umat PKUM di sg Petani. Terima kasih KKM. Terima kasih Pihak Hospital.

“Terima kasih semua yang mendoakan dan bersama kami selama ini. InsyaAllah kita akan cuba bantu dari semasa ke semasa.

“Pasakit dan yang meninggal dunia bukan orang lain. Keluarga kami juga. Sama-sama kita membantu dan mendoakan.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Ustaz Ebit Lew yang baru sahaja pulang dari Palestin itu, tidak pernah berhenti membantu orang-orang yang memerlukan walaupun ada segelintir pihak yang menyalah erti niatnya.