“Rasa Macam Nak Lari Laju Sambil Jerit Kuat-Kuat” Abam Happy Isteri Hamil

Kalau dulu Abam pernah berasa kecil hati apabila kerap ditanya bila isteri nak hamil, kini akhirnya berkongsi berita gembira Abam bakal menjadi seorang bapa.

Abam ataupun nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan berkata isterinya Siti Norhidayah Mohd Ali disahkan hamil tiga bulan.

Foto: Instagram Abam

Perkara ini merupakan berita teristimewa yang ditunggu-tunggu sejak mendirikan rumah tangga pada hujung tahun lalu.

“Alhamdulillah rasa macam nak lari laju sambil jerit kuat-kuat. Tak tahu nak cakap macam mana. Terima kasih atas doa semua,”

Abam dan Norhidayah telah berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.

Abam berkata, dia mengetahui tentang kehamilan isterinya sejak bulan lalu, namun membuat pemeriksaan doktor pada petang Rabu.

“Saya dah tahu lama tapi tadi baru kami ke klinik buat pemeriksaan. Alhamdulillah. Saya tidak kisah lelaki atau perempuan yang penting bayi itu sihat dan semuanya selamat,” ujarnya.

Abam juga tidak kisah tentang jantina anak, apa yang paling penting anak sulungnya itu berada dalam keadaan sihat.

[su_note note_color=”#d8d0c3″]Sumber Rujukan: mStar[/su_note]