Hampir Putus Asa Bergelar Anak Seni, Jay Iswazir Syukur Rosyam Noor Beri Semangat & Tunjuk Ajar

Pelakon Jay Iswazir atau nama sebenarnya Ahmad Iswazir Ismail ini sememangnya cukup dikenali ramai malah dia juga mempunyai bakat yang hebat dalam bidang lakonan.

Bukan itu sahaja, Jay Iswazir pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2018 menerusi telefilem ‘Aku Nazmi’.

Iospital phone repair gombak

Walau bagaimanapun, memetik sumber, pelakon yang berusia 40 tahun ini mendedahkan sewaktu mula-mula berkecimpung dalam bidang lakonan namanya kurang mendapat perhatian seperti rakan-rakan pelakon lain kerana wajahnya dan membuatkan dia pernah terdetik untuk berputus asa.

“Pertama kali saya masuk ke dalam industri seni tanah air, saya tak sedar wajah saya ini adalah satu kelebihan. Masa zaman saya mula-mula berkecimpung dulu, sosial media pun tiada lagi. Ketika itu, orang masih membaca surat khabar tapi saya kurang mendapat perhatian sebab wajah saya tidak setampan pelakon-pelakon seangkatan saya. Saya jadi kecewa…” katanya.

Namun pun begitu, Jay Iswazir menyifatkan pelakon dan penerbit terkenal Datuk Rosyam Noor merupakan seorang individu yang menyedarkan dirinya tentang perkara tersebut sekaligus memberikan harapan serta keyakinan dalam diri meskipun ada kalanya dia mempersoalkan kententuan Tuhan.

“Orang yang sedarkan saya mengenai hal ini adalah Datuk Rosyam Nor. Beliau memberikan saya harapan. Kalau bukan kerana dia, mungkin saya dah balik kampung. Dia memberikan saya tawaran berlakon. Kata Datuk Rosyam ‘Aku dah pilih kau, kau kena buat betul-betul.’ Bermula dari situ, baru saya mendapat keyakinan…”

“Selama ini saya telah mempersoal ketentuan Tuhan. Bermula dari situ, saya rasa seronok dengan kelebihan itu…” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, pelakon ini juga percaya bahwa lakonan dan watak yang diberikan kepadanya mampu memberikan mesej dan tauladan kepada penonton.

“Malah, pensyarah saya di universiti pun ada menasihatkan saya mengenai hal ini. Katanya, walaupun kita sering diberikan watak antagonis, kita kena sampaikan watak tersebut dengan baik agar dapat memberikan mesei dan tauladan kepada penonton…”

“Bila kita buat sesuatu, biarlah orang lain turut mendapat manfaatnya. Kita hanya boleh bantu orang untuk berubah namun, segalanya berbalik kepada mereka sendiri. Bila saya dah tak fikir sangat soal kelebihan dan kekurangan diri saya, saya nampak kesannya sekarang. Sejak tiga tahun kebelakangan ini, saya dah mula dipanggil untuk watak komedi…” ujarnya lagi.

Selain itu, Jay Iswazir mengatakan dia kini tidak lagi risau dan memikirkan perkara-perkara negatif yang boleh menjatuhkan semangatnya kerana lama kelamaan pasti ada yang sedar tentang usaha keras yang dilakukannya selama ini.

“Akhirnya nanti, orang akan nampak juga usaha keras kita. Tak perlu pun risaukan pasal rupa itu. Semua orang ada kelebihan sendiri. Saya mungkin tiada wajah yang tampan tapi saya ada x-factor. Saya tukar perkara negatif itu…”

“Perkataan yang kita tak suka dalam hidup, kita buang je dan tukar kepada perkara positif. Namun, saya juga percaya, sebab utama saya mampu bertahan sehingga ke hari ini adalah disebabkan oleh doa ibu saya…” jelasnya.