[VIDEO] “Dengan perempuan pun u samsenng ka?!” Kerana Berebut Sudu, Warga Emas & Wanita Bertengkar di Kedai Makan

Semalam tular di media sosial video seorang lelaki warga emas bergaduh dengan wanita yang tidak berpuas hati dengannya di lokasi dan tarikh yang tidak diketahui.

Menerusi muatnaik dua klip video tersebut, warga emas itu dilihat menjerit dengan kuat menyebabkan wanita itu mula menampar mukanya sebelum tercetus pergaduhan di antara mereka berdua yang saling pukul memukul dan tendang menendang.

Namun begitu, wanita itu dihalang oleh rakannya dan salah seorang pekerja premis itu datang meleraikan pergaduhan tersebut yang masih belum diketahui punca sebenar kejadian.

“Ini perempuan, bukan lelaki tau!? Kau ingat kau orang tua…. (tak jelas)… p***mak betul!! Cisss!!! ” kata wanita terbabit kemudian mengacah mahu memukulnya sekali lagi.

“Apeeeeeeee….?” balas warga emas itu.

Tidak berpuas hati melihat respon lelaki itu, wanita berkenaan sekali lagi cuba meluru ke arahnya tetapi dihalang oleh dua individu di depannya yang meminta dia beredar.

Namun tidak beberapa lama selepas itu, datang sekumpulan pengawal keselamatan yang dipercayai dihubungi oleh orang awam datang ke lokasi untuk mengawal keadaan.

Dua individu yang dipercayai kenalan kepada wanita terbabit juga datang untuk berdepan dengan warga emas itu tetapi ditahan oleh pengawal keselamatan yang meminta mereka tidak memburukkan lagi keadaan.

Pengawal Keselamatan: “Kenapa you buat macam tu? Siapa suruh you bayar? Hari tu you juga bayar kan? Kenapa sekarang mau bising?

“Dia perempuan, you ada otak ke tak ada? Dengan perempuan pun you mau samseng ka?”

 

Tampil seorang netizen yang mendakwa dia berada di tempat kejadian pada waktu itu dan pergaduhan itu bukannya berpunca dari berebut murtabak seperti dakwaan awal yang tersebar, tetapi berebut sudu.

Malah, ramai juga netizen yang mula mempertikaikan mengapa wanita itu mula menampar lelaki itu yang menyebabkan warga emas itu membalasnya semula dan kemudian melemparkan kata-kata dirinya wanita tidak sepatutnya dipukul.

Walau apa pun puncanya, sebaiknya kita menyelesaikan masalah menggunakan kekerasan.

Dan sepatutnya mengalah dan bertolak ansur agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku.