Tahu Tuannya Ada Di Depan, Gelagat Kucing Buta Ini Buat Netizen Teruja

Terdapat banyak sebab mengapa haiwan seperti kucing ini sering menjadi perhatian dan popular dikalangan masyarakat untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Selain daripada memiliki penampilan fizikal yang comel dan gebu, binatang ini turut membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya terpikat untuk dijadikan sebagai teman istimewa apatah lagi sejenis sukakan perhatian dari manusia untuk bermanja.

Sama seperti manusia, kucing juga boleh dilahirkan dengan cacat penglihatan atau bahasa mudahnya buta.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini, Kucing yang hilang deria penglihatan ini mungkin tampak cacat di mata orang ramai tetapi masih mampu untuk mengenali tuannya mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @blind_cat_dmitri, dapatkita lihat kucing yang cacat penglihatannya sedang duduk di atas meja makan.

Namun apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah, kucing tersebut dapat mengecam kehadiran tuannya yang sedang merakam video tersebut. Kucing itu kelihatan mengeluarkan bunyi ‘meow’ sambil menghulurkan tangannya seolah-olah mengetahui bahawa tuannya sedang berada di hadapan.

Video yang tular di laman TikTok :

@blind_cat_dmitri Mama? Where are you? 😿 #cat #blindcat #meow ♬ original sound – Dmitri The Blind Cat

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 59.3M tontonan, 7.2M tanda suka, 115.0Kkomen dan 87.7K perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkankucing tersebut tetap kelihatan comel walaupun dia tidak dapat melihat.

Berikut merupakan komen warga maya:

“takde mata pon comel”

“ya Allah kesian nye kucing ni”

“this make my cry”


tidak dapat melihat namun dapat merasai kehadiran tuannya