“Sampai helmet pecah” Gara-Gara Pemandu Cuai Tak Beri Signal, Penunggang Motor Maut Berlanggar Dengan Kereta

Kes kemalangan jalan raya meningkat saban hari dan ada juga yang sehingga meragut nyawa pengguna jalan raya.

Macam yang kita tahu, Signal merupakan komponen yang paling penting untuk apa pun jenis kereta yang berada di atas jalan raya. Bukan sahaja untuk mengelakkan sebarang kemalangan berlaku malah ianya juga dapat menyelamatkan nyawa insan yang tidak bersalah.

Namun kini kesedaran memberi signal seolah-olah sukar untuk diterapkan di dalam kalangan masyarakat seolah-olah signal itu perlu dibeli berasingan dengan kereta. Manakan tidak, benda free pun susah untuk digunakan.

Persis kisah yang tular baru-baru ini dimana ebuah kereta berwarna putih membelok tanpa memberikan signal dalam keadaan yang agak perlahan sehingga menyebabkan kemalangan mencuri perhatian ramai.
Hal ini kerana motor yang sedang laju terlanggar kereta tersebut sehingga terpelanting malah pemandu tersebut cuba untuk lari tetapi sudah pun ditangkap.

Lebih menyayat hati adalah, Penunggang motor itu pula dikatakan sudah meninggal dunia, dia merupakan pembantu perubatan di Hospital Temerloh.

Menurut sepupunya, kemalangan tersebut berlaku ketika mangsa baru sahaja pulang daripada kerja.4

Video yang tular di laman Twitter:

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 668.5K tontonan, 6165 ulang kicau dan 7859 tanda suka di platform Twitter.

Menjengah reaksi netizen, rata-rata berang dengan sikap pemandu kereta tersebut yang selamba masuk simpang dengan tidak memberikan signal sehingga menyebabkan kematian insan yang tidak bersalah.

Berikut merupakan komen warga maya: