Tidak semua yang dilahirkan di dalam dunia ini dalam keadaan sempurna bahkan ada juga dikalangan kita yang diuji dengan pelbagai penyakit. Siapalah kita sebagai hamba hendak menidakkan takdir Allah SWT bukan ?

Bak kata orang, pasangan boleh dipilih namun anak tidak. Kita perlu redha dengan segala anugerah yang diberikan.

Sama juga dengan kisah yang tukar baru-baru ini dimana seorang bayi bernama Ayla Summer Mucha didiagnosis bilateral microstomia iaitu kecacatan kongenital dimana ia menjejaskan fungsi rongga mulut mencuri perhatian ramai.


Oleh kerana rupanya yang sentiasa tersenyum, bayi tersebut digelar baby permanent smile dan kini sedang popular di platform TikTok. Manakan tidak, walaupun keadaannya begitu, dia tetap nampak comel seperti bayi yang lain.


Pun begitu, masih ada segelintir netizen yang bersifat sangat biadap dengan menyamakan bayi berkenaan dengan watak popular Hollywood, Joker.



Netizen juga menyifatkan masih ada manusia yang bercakap tidak menggunakan akal fikiran bahkan tidak mempunyai perasaan simpati terhadap orang lain.

Bukan itu sahaja, warga maya juga menanggap itulah antara salah satu sebab mengapa artis tanah air lebih gemar untuk merahsiakan wajah anak mereka agar tidak dijadikan bahan ataupun terkena penyakit Ain.

Berikut merupakan komen warga maya:


Perkongsian yang tular di laman Twitter