Apple Mohon Maaf Perlahankan iPhone, Tawar Ganti Bateri USD25.

Rentetan daripada laporan Apple yang memperlahankan iPhone generasi lama, hari ini Apple mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf kepada semua pengguna iPhone.

Apple mengatakan mereka melakukan perubahan dan mengurangkan kuasa pemprosesan pada iPhone generasi lama dalam memastikan para pengguna akan dapat kekal menikmati iPhone seperti biasa – dan supaya bateri lama tidak memberikan kesan kepada penggunaan mereka.

 

Bagi mengatasi masalah ini, Apple mengatakan yang mereka akan menawarkan kemaskini iOS yang memperlihatkan jangka hayat dan prestasi bateri iPhone mereka tersendiri, selain Apple juga akan mengurangkan harga untuk menggantikan bateri lama pada iPhone bermula Januari 2018.

Untuk pengguna di Malaysia, harga gantian masih belum diumumkan tetapi di USA ia berharga sekitar USD25 sahaja. Jadi, kalau anda pemilik iPhone 7 ke bawah, tunggu pengumuman rasmi Apple Malaysia untuk menggantikan bateri iPhone anda!